Mukadimmah

Sekolah Menengah Agama Wataniah (kini dikenali dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah) terletak di Kampung Alor Keladi, Jertih, Besut, Terengganu. Jaraknya dari Bandar Jertih ialah 5 kilometer. Asalanya ialah sebuah pondok pengajian yang diasaskan oleh Tuan Haji Latif. Kemudian, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Akhirnya, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sekolah ini untuk memperkasakan dan memajukannya.Kini, sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang masyhur di Daerah Besut.